Polisi privasi
ANDROMEDICAL S.L, bertempat di Sepanyol, Proción 7, 28023 Madrid, memaklumkan kepada Pengguna bahawa ANDROMEDICAL S.L menyimpan fail data peribadi yang diwujudkan berasaskan pada data yang diperoleh daripada www.andromedical.com, dan di bawah tanggungjawab masing-masing, untuk tujuan maklumat dan perkhidmatan yang ditawarkan melalui www.andromedical.com serta kegiatan promosi dan publisiti dengan apa-apa jua cara, termasuklah pengiriman emel dan pesanan melalui pelbagai bentuk sistem seperti SMS, UTMS dsb., yang mungkin menepati kehendak anda, dalam usaha mengembangkan dan membaiki produk-produk kami, dengan menyesuaikan tawaran kami dengan keperluan atau permintaan anda, berdasarkan pada penyelidikan dan pembahagian maklumat peribadi mahupun komersil yang direkodkan dalam fail kami oleh sebab anda mengakses www.andromedical.com, serta untuk memungkinkan navigasi secara peribadi.
Pengguna dengan jelasnya menerima kemasukan data peribadinya, yang diperoleh www.andromedical.com sewaktu navigasi, atau yang disediakan sewaktu melengkapkan sebarang borang, serta data yang diperoleh menerusi hubungan komersil, dalam fail peribadi automatik yang dimaksudkan dalam perenggan pertama.
Pengguna boleh mempergunakan hak-hak akses, pembetulan, pembatalan dan bangkangan serta hak untuk memansuhkan persetujuan untuk mendedahkan maklumat peribadi menerusi emel yang disediakan di bahagian Hubungi Kami.
ANDROMEDICAL S.L memaklumkan bahawa, untuk mengakses sebahagian isi kandungan atau Perkhidmatan di www.andromedical.com, Pengguna dikehendaki melengkapkan borang-borang langganan atau borang seumpamanya yang lain, yang mewajibkan Pengguna untuk mengisikan maklumat peribadinya. ANDROMEDICAL S.L berkemungkinan juga menggunakan "cookies" untuk mengenal pasti Pengguna dengan tujuan untuk membaiki tahap perkhidmatannya.
Dengan mempersetujui terma-terma dan syarat-syarat ini, Pengguna memberikan keizinannya yang jelas kepada syarikat-syarikat milik kumpulan ANDROMEDICAL S.L untuk menggunakan atau mendedahkan maklumat yang terkandung dalam fail-fail yang disebutkan sebelum ini, untuk tujuan mengirimkan promosi istimewa dan pesanan pengiklanan, menerusi sebarang sistem, berkenaan produk-produk dan perkihdmatan-perkhidmatan yang ditawarkan syarikat-syarikat tersebut. Pengguna dimaklumkan bahawa penyerahan hak ini berkuat kuasa sebaik sahaja data peribadi itu dikumpulkan.
ANDROMEDICAL S.L beriltizam untuk menghormati privasi anda dan menggunakan maklumat peribadi anda bersesuaian dengan tujuan fail, serta menunaikan tanggungjawab untuk menyimpan maklumat itu dan mengambil langkah-langkah yang secukupnya untuk mengelakkan pengubahan, kehilangan atau akses yang tidak sah, bersesuaian dengan syarat Peraturan Keselamatan Data bagi fail-fail yang mengandungi data peribadi tersebut.
