terma-terma dan syarat-syarat
Tujuan amaran undang-undang ini adalah untuk mengawal SYARAT-SYARAT PENGGUNAAN serta memberikan PERLINDUNGAN KEPADA PARA PENGGUNA www.andromedical.com (selanjutnya disebut sebagai "www.andromedical.com"), hak milik ANDROMEDICAL S.L. (selanjutnya disebut sebagai "ANDROMEDICAL") di alamat Calle Proción 7, 28023 Madrid, telefon 91 710 24 78 dan faks 91 679 60 19. Istilah-istilah "Anda" dan "Pengguna" (selanjutnya disebut sebagai "Pengguna") digunakan di sini untuk merujuk kepada setiap individu dan/atau organisasi yang mengakses laman web ini tanpa mengira tujuan.
The use of the website www.andromedical.com and/or its Services entails the full/total acceptance without any exclusion of each and every Term of Use, which means that the User must be conscious of the importance of reading the Terms of Use every time the User visits www.andromedical.com The access and/or the use of particular services offered to the Users in www.andromedical.com may be subject to certain conditions that, depending on the case, substitute, modify and/or fulfil these Terms of Use. Therefore, the User, before accessing the website and/or using the services and contents previously mentioned, must read and accept the conditions mentioned before.
Penggunaan dan Perkhidmatan www.andromedical.com
Pengguna diwajibkan menggunakan laman web www.andromedical.com dan Perkhidmatan-Perkhidmatan yang sedia ada menerusi laman web www.andromedical.com, bersesuaian dengan undang-undang, standard moral, adat yang diterima umum dan ketenteraman awam, serta perkara-perkara yang telah ditetapkan dalam Syarat-Syarat Penggunaan. Oleh sebab itu, Pengguna dilarang sama sekali daripada menggunakan laman web www.andromedical.com atau Perkhidmatan-Perkhidmatannya, untuk tujuan atau efek yang haram dari segi undang-undang dan/atau yang bertentangan dengan perkara-perkara yang telah ditetapkan dalam Syarat-Syarat Penggunaan tersebut, yang melanggar hak-hak dan/atau kepentingan-kepentingan pihak ketiga atau yang mungkin, dalam apa-apa jua cara, menjejaskan laman web www.andromedical.com atau menghalang/menggendalakan kegunaan normalnya, atau Perkhidmatan-Perkhidmatannya yang terdapat di www.andromedical.com, oleh Pengguna-Pengguna yang lain, ANDROMEDICAL dan/atau imejnya.
Hak untuk Mengubah Suai Syarat-Syarat Penggunaan
ANDROMEDICAL mempunyai hak untuk mengubah suai sebarang terma dan syarat yang terkandung dalam Syarat-Syarat Penggunaan yang dianggap perlu oleh ANDROMEDICAL secara unilateral dan tanpa pemberitahuan terdahulu, dan kemudiannya memaklumi Pengguna tentang pengubahsuaian yang dilaksanakan melalui www.andromedical.com
Hak Milik Intelektual dan Hak Cipta
Kesemua maklumat yang terkandung dalam www.andromedical.com, rekaan grafiknya dan bahasa pengaturcaraannya dalam HTML, JAVA, JAVA script atau Flash dilindungi oleh hak cipta atau hak-hak hak milik intelektual yang lain. Hak-hak tersebut merupakan kepunyaan eksklusif ANDROMEDICAL atau pengeluar lesennya. Pengguna-pengguna internet yang mengakses laman web ini boleh melihat maklumat yang terkandung dalam laman web ini dan memuat turun atau menyalin semula maklumat tersebut dalam komputer mereka, dengan syarat elemen-elemen yang dihasilkan semula tadi tidak dimajukan kepada pihak-pihak ketiga atau disimpan dalam server yang disambungkan kepada internet atau rangkaian setempat (local network). Para pengguna yang mengakses laman web ini tidak akan, tanpa menjejaskan perkara yang ditetapkan dalam Syarat-Syarat Penggunaan, mengedarkan, mengubah suai, menyiarkan, menerbitkan, menghasilkan semula atau melakukan sebarang perkara terhadap maklumat yang terdapat di www.andromedical.com tanpa izin terlebih dahulu daripada ANDROMEDICAL.
Hiperlink
Jika www.andromedical.com dirujuk oleh pengiklanan/publisiti atau laman web pihak ketiga, ANDROMEDICAL tidak mengawal, memperkenankan ataupun memiliki perkhidmatan, isi kandungan, data, fail, produk atau sebarang bahan yang wujud dalam laman web pihak ketiga tersebut. Justeru, ANDROMEDICAL tidak akan bertanggungjawab dalam apa-apa jua keadaan sekalipun atas kesahan isi kandungan laman web yang telah disebutkan dahulu. Kewujudan hiperlink tidak melibatkan sebarang bentuk hubungan antara ANDROMEDICAL dan pemilik laman web tempat capaian (link) itu diletakkan.
Penafian Jaminan dan Tanggungjawab
ANDROMEDICAL TIDAK MENJAMIN ADANYA ATAU KESINAMBUNGAN OPERASI LAMAN WEBNYA ATAUPUN PERKHIDMATAN-PERKHIDMATANNYA YANG SEDIA ADA UNTUK PENGGUNA, JUSTERU TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEROSAKAN YANG BERPUNCA DARIPADA KEKURANGAN ADANYA ATAU KESINAMBUNGAN LAMAN WEBNYA ATAU PERKHIDMATANNNYA, MESKIPUN ANDROMEDICAL AKAN BERUSAHA UNTUK MENYEDIAKAN, DENGAN SEDAYA UPAYA DAN KEWAJIBANNYA DARI SEGI UNDANG-UNDANG, SOKONGAN TEKNIKAL KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG TERJEJAS.
