Pembelian borong
Andromedical menawarkan peluang untuk memasarkan Andropenis secara kerja sama ke serata dunia. Kami yakin bahawa kami mampu untuk menyediakan produk yang berkualiti tinggi dengan nilai komersil yang hebat. Kami sentiasa mencari peluang untuk menjalinkan usaha sama dengan syarikat-syarikat mahupun individu-individu yang berminat, dengan cara menggabungkan produk kami yang hebat dengan kemahiran komersil anda.Andropenis merupakan alat berasaskan daya tarikan yang berfungsi untuk tujuan memanjangkan ukuran zakar. Pertumbuhan berlaku disebabkan oleh keupayaan tindak balas tisu-tisu zakar untuk menjalani penggandaan pada peringkat sel apabila dikenakan daya tarikan secara berterusan.
Prinsip daya tarikan ini diaplikasikan dalam pembedahan plastik untuk tujuan pengembangan tisu. Penjanaan semula tisu baru digunakan untuk menutup kecelaan kulit, bahagian kulit yang terbakar serta bahagian keguguran rambut. Prinsip ini juga diaplikasikan dalam pembedahan ortopedik untuk melebarkan diafisis tulang dan falanks.
Dalam budaya kuno, prinsip daya tarikan ini digunakan untuk mengubah suai saiz anggota tubuh yang tertentu, umpamanya leher di kalangan wanita Giraffe daripada puak Paduang di Burma, atau bibir dan telinga di kalangan suku kaum yang lain di Afrika dan Amazon. Mereka memasang anggota badan palsu atau pemberat pada tubuh mereka untuk tujuan tersebut.
Andropenis telah diklasifikasikan sebagai Medical Device Type 1 oleh Pihak Berkuasa Kesihatan Kesatuan Eropah dan memiliki tanda CE (Ujian-ujian kelulusan dilaksanakan seperti yang dinyatakan dalam deklarasi Helsinki, yang diterima pakai pada tahun 1964 sewaktu Perhimpunan Perubatan Dunia Ke-18 di Helsinki, Finland, dan kemudiannya dipinda pada tahun 1989 sewaktu perhimpunan di Hong Kong).
Andropenis dihasilkan mengikut standard-standard yang digariskan oleh Kesatuan Eropah, dengan menggunakan hanya bahagian-bahagain perubatan yang berkualiti tinggi, sesuai dengan penggunaannya yang melibatkan sentuhan secara langsung dengan tisu kulit manusia untuk tempoh masa yang berterusan. Alat ini juga dihasilkan dengan menggunakan Pengurusan Kawalan Kualiti (Quality Control Management) yang berasaskan pada standard UNE-EN ISO 9001:2000 dan diperakui oleh Brtish Standards Institution - BSI.
Andromedical didaftarkan mengikut Sijil Perakuan Kesihatan berikut: D.A.P.S. 334/M, dikeluarkan di Eropah oleh Pihak Berkuasa Kesihatan Wilayah Autonomi Madrid, Sepanyol (Health Authorities of the Autonomous Region of Madrid, Spain).
Adakah anda berminat untuk bekerjasama dengan kami?
Andromedical menawarkan 4 jenis kerjasama: Pengedar Kebangsaan (National Distributor), Pengedar Tempatan (Local Distributor), ejen Komersil (Commercial agent) dan Doktor/Klinik Kerjasama (Collaborating Doctor/Clinic).
Andromedical menawarkan kelebihan-kelebihan dan kemungkinan-kemungkinan yang berikut kepada rakan kerjasamanya:
PERMINTAAN YANG TINGGI:
Untuk menjual produk perubatan yang tinggi permintaannya di kalangan pengguna awam, diuji secara saintifik, efektif dan diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kesihatan Kesatuan Eropah.KEISTIMEWAAN EKSKLUSIF:
Untuk merebut peluang menjadi pengedar tunggal di negara atau kawasan anda.MARGIN KEUNTUNGAN YANG TINGGI:
Harapan perniagaan yang tinggi, dengan hasil pendapatan yang lumayan. Anda akan ditawarkan harga yang dapat membuka ruang kepada margin keuntungan yang tinggi.SOKONGAN PERUBATAN:
Untuk memastikan sokongan perubatan sentiasa berada di sisi anda pada setiap masa bagi memudahkan proses penjualan; pita-pita video, brosur, protokol perubatan, buku panduan yang mengandungi arahan penggunaan, kajian saintifik, dsb.BANTUAN PERUBATAN:
Untuk menyediakan talian hayat perubatan bagi menjawab sebarang pertanyaan dan keraguan yang mungkin timbul daripada para pesakit setiap pengedar. Pertanyaan-pertanyaan tersebut akan dijawab menerusi faks, surat ataupun talian telefon, dalam bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, Itali, Jerman, Belanda, Jepun atau Portugis.INTERNET:
Anda akan berpeluang untuk memanfaatkan sumber-sumber daripada internet menerusi www.andromedical.com tempat alamat dan nombor telefon setiap pengedar boleh didapati.PENJUALAN MENEREUSI INTERNET:
Untuk para pengedar kebangsaan: Anda boleh menggunakan laman web www.andromedical.com dalam iklan-iklan anda memandangkan semua penjualan yang berasal dari negara anda akan dimajukan kepada pengedar negara (SQL-Server with country-based automatization of sales). Anda juga boleh menghubungi perkhidmatan talian hayat perubatan kami.
Untuk pengedar tempatan dan doktor/klinik kerjasama: nama dan nombor telefon anda akan disenaraikan dalam laman web kami. Anda juga boleh memanfaatkan perkhidmatan talian hayat perubatan kami.PEMASARAN:
Anda berpeluang untuk mendapat manfaat daripada pengalaman kami sendiri dan publisiti yang dibuat Andromedical pada masa lalu menerusi kempen-kempennya di Eropah. Anda akan diberikan akses kepada pengetahuan praktikal tentang perniagaan kami.PROMOSI:
Andromedical akan memulakan kempen-kempen pengiklanan antarabangsa dalam media yang berbeza, seperti kempen panji-panji (banner campaigns) di internet, enjin carian di internet, artikel-artikel dalam majalah antarabangsa (Time, Men's Health), dsb...
Pengedar Kebangsaan:
Kelebihan eksklusif untuk negara tempat anda beroperasi. Pembelian tahunan minimum, bergantung pada saiz pasaran anda. Semua penjualan yang dijana untuk negara anda menerusi laman web www.andromedical.com akan dimajukan secara terus kepada anda. Harga istimewa.
Pengedar tempatan:
Untuk syarikat-syarikat yang mempunyai kekuatan di satu kawasan yang tertentu dalam sesebuah negara. Tiada keistimewaan eksklusif peringkat seluruh negara, tiada pembelian tahunan minimum. Anda akan disenaraikan dalam laman web kami. Anda juga akan ditawarkan harga yang sama dengan pengedar kebangsaan.
Ejen Komersil:
Meraih komisen untuk setiap penjualan yang dijana. Tiada kewajipan untuk membeli produk dalam kuantiti yang besar. Tiada keistimewaan eksklusif peringkat seluruh negara. Anda akan disenaraikan dalam laman web kami.
Doktor/klinik kerjasama:
Harga tetap yang lebih rendah. Anda akan disenaraikan dalam laman web kami. Tiada keistimewaan eksklusif peringkat seluruh negara. Tiada pembelian tahunan minimum. Tiada kewajipan untuk membeli produk dalam kuantiti yang besar. Para pesakit yang memerlukan khidmat rundingan perubatan akan dirujuk kepada anda.
Data
Sekiranya anda berminat, sila hubungi kami melalui emel, telefon atau faks, dan kami akan menghubungi anda secepat mungkin. 
Catatan: Sila hantarkan maklumat berikut tentang diri anda kepada kami:
- Nama Syarikat/Klinik:
- Nama Individu Bertanggungjawab (Contact Person):
- Pangkat:
- Alamat:
- Bandar:
- Poskod:
- Negeri/Wilayah:
- Tel:
- Faks:
- Emel:
- URL:
- Pengedar produk-produk dan alat-alat perubatan
- Doktor atau klinik
- Kedai online
- Lain-lain:
